Aku dah ada 3 anak buah :) Hanzalah, Sofea, Rumaysa. Alhamdulillah, berkembang keluarga kecil aku ini. Lagi 2 minggu kakYah kahwin. Entah apa perasaanya. Tapi sungguh rasa bahagia. Rupanya ini rasanya tumpang kegembiraan orang lain, ya? Hihi. Hanzalah dah pandai, dah 2 tahun dah.. Adik Rumaysa nangis, dia yang pujuk, siap peluk dan cakap, "Takpe, abang ada". Pergh suweet tu tak tahan. Tapi dia still akan babab achuu. I don't know why. Nak kata aku kasar, dok jugok. Mungkin sebab dia rasa aku ni rival untuk dapatkan perhatian. Hello lah, abang. Achuu ni dah tua bangka. (okfine, minggu lepas menangis teruk sebab tak mendapat perhatian yang penuh oleh Mak saat aku demambatukselsemasemput, masa tu mak sibuk teman yah nak kahwin tu buat urusan macam-macam mencantikkan diri untuk suami lah. Haha).
Sofea. Rumaysa. Hanzalah
I've grown up. Not that much, but too enough for me. Alhamdulillah. Dan aku sudah gemuk. Ni semua ikut nasihat lecture pemakanan, tapi takmahu pulak dengar nasihat supaya meningkatkan aktiviti fizikal. HAHA. Adoyy. Kena kuatkan azam lah. Must find way to do it. Kata nak jadi individu muslim yang penuhi 10 muwasafat tarbiah. Takpe, selow selow lama-lama menjadi bukit. Eh?
Yang lain-lain( not to mention it here) perkara yang tak muhasabah, perkara yang rasainya tak perlu dibesarkan, eloklah disimpan senyap-senyap. Kalau boleh lenyapkan dari fikiran supaya tidak menganggu pemikiran yang sudah sedia untuk bekerja ini. Namun,hati ini milik Allah, jika Dia takdirkan uji dengan perkara sebegitu, moga aku kuat dan tabah. Menangis pun menangis lah, janji makin aku kuat untuk menjadi seorang akhawat qowiy :)
Never judge people, bro. U are not God to do it so. U and me are different.
Kalau rasa nak komen apa-apa pasal orang tu, siap-siap amek cermin sebesar alam dan tanya diri, "Kau ingat kau dah cukup bagus untuk komen orang lain?". Orait, nak tegur? Takde masalah. Tapi sebelum rasa nak tegur, cek niat. Untuk apa tegur? Tegur sebab bengang? Sakit hati? Tegur sebab rasa diri lagi elok dari orang tu? Atau betul sebab kasihan sebab sayang kerana Allah? Say it anything, but God knows what in your heart. Kiranya jika mahu tegur insan yang berlainan jantina, eloklah kiranya doakan orang tu. Dan jika dia tak berubah, teruskan berdoa dan berdoa untuknya. Doa semoga Allah permudahkan urusannya dalam jalam mencari Ilahi.
Usah nak tegur, sampai kena cari orang tengah, hati orang tu, hati orang tengah dua-dua rosak, dek niat yang asalnya macam betul, tapi dipercantikkan syaitan supaya melihatkannya perkara hodoh menjadi indah. Aku tak begitu setuju dengan pandangan, "Aku kena kawan dengan dia(orang yang berlainan jantina), sebab aku perlu jaga dan ubah dia menjadi baik". Mungkin? Aku pun tak sure, tahap keberjayaan usaha itu, tapi...cek niat beb, then tengok cara. Kalau dok reply sms, asek duk retweet, asek duk PM dalam FB... tu pekebenda. Jangan terkejut, aku dah terjumpa satu twitter(ditunjuk oleh sahabat aku, aku dah deactivate kekicau tu dengan berjaya, yeayyy), ada statement,
"Perbualan dalam alam maya antara lelaki dan perempuan itu tak dosa. Bukannya melibatkan sentuhan, kami tak cakap perkara-perkara lucah, hanya berbual kosong".
Okeh. Dan di-retweet(tanda setuju) oleh kak niqabis kita. Okeh, I've no objection towards orang pakai niqab. Tapi... it has becoming a secular trend. Aku cuba bersangka baik, 'mereka sedang berusaha berubah menjadi baik'. Tapi, keluar statement tu, aku cam..erk? Apa itu benda? Bukan orang yang pakai niqab ni perlu menjadi malu, biarpun dalam gambarnya ada niqab dan tak nampak rupa, tapi bukankah dia patut rasa malu menjadi tatapan umum? Okeh, I'm no good, bro. Gambar instagram dan whatsapp aku pun nampak muka. Tapi, this is what I really think. Dan orang sebegini dijadikan contoh, di-retweet sana sini, bila ditanya, "Ini mengikut pandangan masing-masing". Erk. Hukum Allah tu ikut suka kita lah, yang cam best kita amek, yang cam tak best, kita taknak ikut? Olaa. Bukan hukum ikhtilat tu kira haram, kah. Lagi lah kalau berbual kosong. Adoyy. And to me, tegur melalui alam maya adalah cara yang paling tak efektif, selain menimbul rasa tak puas hati dek tak dapat nak dengar alasan yang sepatutnya secare detail. Membuatkan orang lain salah faham. Haih. Banyaknya aku bebel.
This is it.
"Berubah itu, bukan semata dari tudung singkat kepada tudung lebih labuh, bukan sahaja dari bermake-up kepada memakai niqab, bukan sahaja dari topi kepada serban, dari suka tulis status mencaci orang ke status berbentuk nasihat, tapi perubahan yang lebih bermakna adalah bila kita boleh istiqamahkan amalan2 yang mendekatkan kita pada Tuhan saat naik turun Iman, belajar erti pengorbanan jiwa dan perasaan untuk mendapatkan KPI yang disuruh Tuhan.
Walk the Talk. Jangan hebat bercakap dengan orang, "aku dah banyak berubah, dulu aku tak macamni." Usah berhenti untuk berubah lebih baik. Teruskan mencari perubahan yang menjadikan kita individu muslim yang benar2 taat kepada Allah. Iman bukan hanya nak rasa pada hati, dan lafaz melalui lidah, tapi juga zahirkan melalui perbuatan. Pafa kan lulus? Pengertian Iman bukan kita boleh pilih dua je, satu tu kita biarkan."
OKEH BAI.



No comments:
Post a Comment