Saturday, 5 January 2013

Kamu...

Untuk kamu,

Encik badut-siput,

Iya kamu. Aku taktau bila kau akan baca ini. Barangkali saat kau menjumpai ini, kau dah tidak kenal aku haha tahniah sebab berjaya atau kau dah terlalu tua atau kau dah bahagia beranak pinak atau aku dah hilang di dunia kau atau...aku dah tidak lagi berada di dunia ini.... Doakan aku syahid.

Aku harap, kau sentiasa menjadi orang yang bahagia dan bersyukur dalam rahmat redhaNya. Sebelum tu, aku nak mintak maaf. Aku banyak buat sakit hati kan? Minta maaf...Sebenarnya, banyak sangat salah faham. Tapi, aku rasa takde guna untuk explain masa tu. I don't get any benefit, kau pun..hihi. Maaf, aku memang pentingkan diri sendiri. Aku nak jaga hati aku. You know what, when I start talking about you, my life becomes miserable. Haaaa. Still, the 2 years had past yet your effect is so strong. Kryptonite? Semua tu dah berlalu. Dah tak jadi penting apa perasaan aku sekarang.

Aku nak mintak maaf sebab :

  1. Bukan taknak reply SEMUAAA sms wassap, tapi...aku takut kalau reply....aku tak jaga ikhtilat. kau pernah cakap, dengan orang lain aku tak jaga. Hm, memang aku silap masa tu dan aku usaha untuk betulkan yang tu. Tapi, kalau orang lain...takkan lama dan takkan masuk bab2 hati. Kalau dengan kau....haish. susah. semua keluar..dari gembira jadi keliru jadi takut jadi macam tak betul. Dah banyak kali jadi macam tu, dan setiap kali mcm tu, kita akan gaduh sbb masing2 tau itu salah.....sorry eh.
  2. pasal quran tu...hm. hari tu g daurah kat ibooks dgn budak jordan. tertinggal. suruh esan bawak balik umah dia. tak sempat nak amek, dia dah balik jordan. quran yang lama, ntah tak jumpa kat rumah, ada orang bawak balik. jadi, takkan nk tunggu esan balik dari jordan baru aku nak ngaji?hikhik.jadi aku beli quran baru. ada hikmah. mudah nak usir perasaan aneh masa baca quran yg kau bagi manatau? Allah memang nak jaga hati aku? :) tapi, serius...bukan sebab nak lupakan kau, aku lupuskan semua benda kau. katak hijau tu ada lagi dalam bilik. dah sorok dalam almari abg aku yg bersepah, mak aku terjumpa dan letak kat bilik T_T.
  3. maaf sbb byk buat statement kau sakit hati. biasa lah, budak kecik. bila kita cakap pasal orang, sebenarnya kita cemburu dengan apa yg dia ada. mungkin lah. maaf ya.
  4. sebenarnya kan. ini dosa aku yang paling besar aku buat pada kau. nak mintak maaf tapi tak pernah jadi.sbb takut jadi lain...aku nak mintak maaf sbb aku serius banyak gila gila gila gila ngumpat kutuk dan burukkan kau pd org lain. aku mintak maaf. ini masa aku jahiliyah. aku ingat aku dianiaya padahal semua ini ujian Allah. dan...bukan salah kau pun, salah dua2 orang. Dua2 take part. tapi..aku buat kau macam the main culprit..Allah, aku betul taknak jadi muflis masa kat akhirat....aku takut....nnt kau datang kat aku dan mintak pahala aku......maafkan aku.....tapi lepas aku sedar, aku rasa benci sesiapa yg kutuk kau...walaupun org tu kutuk kau sbb aku yg didik. :P mintak maaf...insyaAllah aku cuba untuk perbaiki silap aku yg satu ni..
  5. Terima kasih sebab banyak tegur aku. walaupun pd awalnya aku mmg taksukaaaaaaaa semua yang kau cakap. tapi fikir banyak kali, ada banyak yg betul. ada kritikan yg aku terima utk perbaiki diri. alhamdulillah. terima kasih atas teguran2 tu....
  6. Aku doakan kau dapat jodoh yang baik, kerja yang bagus, dakwah yang mantap dan ditetapkan jalan pd jalan dakwah ni. Moga kau menjadi ikhwah yg berjaya. Amin dunia akhirat.
May Allah bless you. 

so sorry for anything happened. :(

Happy 21st birthday in advanced! Walaupun tak pernah wish tapi tak pernah lupa okehhh. Doa dari jauh. Undi hijau jangan lupa, :)

Come up to meet you, tell you I'm sorry
You don't know how lovely you are
I had to find you, tell you I need you
Tell you I set you apart
Tell me your secrets, and ask me your questions
Oh let's go back to the start
Running in circles, coming up tails
Heads on a science apart

Nobody said it was easy
It's such a shame for us to part
Nobody said it was easy
No one ever said it would be this hard
Oh, take me back to the start.

I was just guessing at numbers and figures
Pulling the puzzles apart
Questions of science, science and progress
Don't speak as loud as my heart
And tell me you love me, come back and haunt me
Oh and I rush to the start
Running in circles, chasing our tails
Coming back as we are

Nobody said it was easy
Oh it's such a shame for us to part
Nobody said it was easy
No one ever said it would be so hard
I'm going back to the start


p/s : even kau terjumpa benda ni. harap tidak digembargembur. ini bukan untuk menarik balik kisah lalu..aku cuma nak mintak maaf...taknak hutang dosa dengan kau...takde cara yang lebih baik. nak tunggu kau kawin dan aku datang nanti, aku takut aku tak sempat untuk hidup, manatau? ni kira wasiat lah. kuikui.


Wednesday, 28 November 2012

Kamu..

Malam ni terasa sejuk. Hati berdebar walaupun mata sudah mula menyepet. Sudah lama aku tidak mampu bertulis dengan panjang. Sejak kehilangan tumblr, juga wordpress, demi melarikan diri dari diherdik terhadap setiap perkara yang aku lakukan. Sigh. Entah mengapa. Mengapa kamu? Mengapa sering kamu yang selalu buat aku rasa macam ni. I've been through this series of stories so many times. Mungkin aku dah hilang perasaan, tapi entah. Kadang-kadang terasa mahu kembali. Konon untuk melihat samada kamu ok atau tidak. Tapi hakikatnya, untuk melihat, adakah kamu suffer. Kejam barangkali diri ini, mengharapkan kamu begitu. Seakan puas. Puas kerana seolah-olah kamu mendapat balasan yang serupa. Kamu soalkan, apa yang telah kamu lakukan? Salahnya kamu bukan pada apa yang telah kamu lakukan, tapi sekarang! Aku pun kurang malah tidak pasti mengapa begini. Mungkin benar kata Mak, aku mungkin cemburu, dia sudah dikejar orang. Bukan kerana aku mahu kembali padanya, tapi...seolah-olah dia mendahului aku.

Iya, betapa pentingnya kita tau objektif kenapa kita diwujudkan di dunia. Supaya bila dada terasa sesak begini, kita kembali duduk, deep breathing, dan istighfar. Allah, hanya Kau yang mampu membolak balikkan hati2 ini, maka jika kau takdirkan dan uji aku dengan perkara begini, maka berikan kekuatan pada diri untuk menolak perkara ini jauh-jauh. Aku mahu fokuskan kepada perkara lain. Terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan selain dari mengingati kamu. Sungguh, adakala aku rasa dengki pada kamu. Tapi setiap kali aku rasa begitu, aku cuba untuk mendoakan kamu. Sungguh pahit mahu doakan perkara baik untuk orang yang kita menyampah. Aku tak benci kamu, tapi taktahu mengapa aku ada perasaan begitu. Maafkan aku, moga Allah hilangkan perasaan yang satu ini. Aku tidak mahu berdendam dengan kamu. Aku benar-benar berniat untuk memaafkan kamu dengan sungguhsungguh. Moga kemaafan itu menjadikan kita berdua orang yang baru. Aku tidak kenal kamu, kamu juga begitu. Supaya bila kita berjumpa, tiada riak muka yang memaparkan wajah yang kecewa, terkilan, sedih dan sebagainya. Moga saat ditakdirkan terjumpa di mana2, di tepi jalan mungkin, atau di MPH Alamanda, barangkali, bila aku melihat kamu sedang bahagia bersama siapa2, moga tiada dalam hati aku sedikit pun perasaan dengki dan cemburu terhadap kebahagiaan yang telah Dia berikan kepadamu. Malah, biarlah aku terasa berkongsi kegembiraan melihat kamu hidup senang.

Aku mahu maafkan kamu, bukan kerana aku mahu kembali kepada kamu. Tapi kerana aku masih ada  masa hadapan yang menunggu aku untuk aku capainya seberjaya yang mungkin.

Impian aku tak banyak..

Aku hanya mahu masuk ke syurga.

Aku mahu, saat di alam kubur, aku diberi kenikmatan. Aku takut untuk mendapat azab kubur. Aku takut, Allah mungkin akan memanjangkan tempoh itu sehingga sangkakala ditiup. Aku tidak mahu terasa masa itu terlalu lama...

Aku takut...aku risau jika setiap amal, kerja aku yang berunsur kemaksiatan, yang menjauhkan aku daripadaNya, dibongkarkan di khalayak ramai melihat satu per satu amal nyata dan ghaib yang aku lakukan...sungguh memalukan..sehingga aku rasa masa itu terlalu lama, sehingga aku terus mahu diminta diberi azab tanpa diperlihatkan semua dosa yang telah dilakukan...

Aku, aku hamba Allah. Aku kena ingat.

Aku tidak menjadi mulia atas mempunyai title sebagai Dr, bukan kerana mempunyai suami yang kacak, bukan kerana harta, aku dimuliakan kerana aku ada kerja yang perlu dilakukan. He gave us not free, something need to bayar. dan aku bayar dengan kehidupan yang aku perlu serahkan kepadaNya, insyaAllah.

Takwinul islamiyah wa da'i!

Kamu, tolong fokus terhadap dakwah. Sungguh, aku lihat kamu terlalu banyak leka. Kerja kamu banyak. Dan kenal kerja kamu bukanlah untuk menjadi pembimbing kepada seorang wanita yang tidak punya ikatan pada kamu. Tolong. Kamu aset islam. Kita tak cukup orang, jangan main-main. This is serious.

Jom tidur?

Thursday, 1 November 2012

The Return

Rasa aneh sebab akhirnya aku kembali kepada blogger. Cuma, sekembalinya diriku ini memang tak dirancang. Sungguh, post semalam tu aku nak tulis kat dalam wordpress. Tapi lupa, aku dah delete. HAHA. adoyai. Dan disebabkan aku hampir menghabiskan setengah jam buat benda tu je, jadi sangat benci lah kalau aku delete je post tu. Sebab kat tumblr tengah jam. HAHA.

Adoy.

Maybe, ini permulaan baru?

Siapa tahu, menjadi si anonymous tapi yang berguna kepada agama?

Tuesday, 30 October 2012

Bebelan

Memang udah lama nggak muncul di alam dunia maya ini. Iya, bukan apa. Masa yang ada, begitu sempit melaksanakan tanggungjawab yang banyak serta tugas-tugas yang tak pernah akan selesai. Memang ada masa, tapi mungkin memang sengaja untuk mengelak dari menulis. Atau sebenarnya berlama-lamaan dengan alam maya. Sudah lama jugak sejak masuk Tahun 2 ni, aku kurang pembacaan terhadap laman-laman sesawang yang lain. Sudah berubah? Apa yang berubah? Kadang-kadang kita sendiri tak perasan perubahan yang berlaku pada diri. Aku baru sahaja selesai menjawab 3 paper mid-sem exam. Esok ada paper MNT. Berkaitan cara management theraputic lifestyle untuk pesakit tertentu. Aku perasaan, subjek aku untuk sem ini sangat macam pergi dengan Talk about Health. Haha. Betul weh, relek je belajar. (Tapi gila juga nak menjawab, sebab kurang background reading nak luaskan pandangan juga menjadikan faktor kita, mahasiswa kurang bijak dari segi ilmu asas). Kecuali subjek MNT ni, barulah rasa diri macam pelajar universiti. "I'll left all of you with some journal about the topic, and tomorrow we will be having a short quiz". Aku macam, nak terbalik dari kerusi sebab dah lah tak faham, laju, start terus ATP III part 4. Memang pekebenda jadah ni. Ok, berpijak di bumi yang nyata. Aku mungkin bukan pelajar perubatan. Tapi aku akan (insyaAllah) bekerja di hospital. Jadi, nak taknak, aku memang kena belajar struggle macam budak medic jugak. Prove to the world, bro. Dakwah di sini? Macam itulah. Kakak naqibah aku telah melahirkan seorang mujahidah bernama Nusaibah. Sama kecil macam umminya, belum punya peluang mahu berjumpa. Sibuk, barangkali. Nak tak nak, aku dah tanya kak Ana, kak Aisyah. Mereka ini akan bergabung dengan budak USIM KL juga pada awalnya. Namun, setelah qadhaya. Kak Nani akan pegang buat sementara waktu. Masa duk halaqah dorang, aku tanya kak Aisyah,"How about me?". "Awak join dua-dua sekali, sanggup tak?". Fuhh, aku taknak excited lebih, tapi macam...'Sudah lama kuingin mendengar jemputan itu'. Sepanjang halaqah minggu lepas, aku senyum, tanda bahagia.(Walaupun sangat mengantuk sebab letih tidur pukul 3 pagi dan sangat fokus dengar lecture dari 8-5. Ni semua kerja kopi Pearl ni lah) Semoga Allah beri kekuatan untuk terus tsabat dalam jalan ni.& Tanpa dirancang, Pa'in serahkan beberapa adik2 FSK untuk aku pegang. Dulu nak sangat adik, sekarang dapat adik, rasa risau. Diri penuh karat jahiliyah, diri yang sebenarnya perlu duduk bersama adik-adik untuk mendapat pengisian. Life have to go on. Anggap ni semua proses latihan. Aku adalah orang paling tak layak nak beri pengisian. Aku banyak cakap ikut suka, takde isi. Tapi itu lah tarbiah.It change u to something that u think u can't be, but it successfully change u to that. Need to learn.Enggak mahu excited, anything can happen. Yang penting, moga adik2 tu terus berada dalam jalan ni, walaupun bukan melalui aku. Ameen. Masih baru, permulaan. Mula dengan penuh hati-hati. Aku terasa macam pegang 6 biji kristal yang sangat mudah pecah. Cehh.< Alhamdulillah, jawatan banyak dah terlaksana jadi, aku dah tak berapa nak sibuk macam awal tu. Mungkin benar perlu fokus kepada 3 perkara penting buat masa sekarang. Mengikut priority dakwah dulu, belajar, family. Erk, family last? Alhamdulillah, Allah yang tetapkan aku mempunyai keluarga yang sangat memahami. Lagi-lagi Mak, aku pun kagum. Kalau aku malas nak gerak g usrah dari rumah, mak mesti offer nak hantar sampai Ampang tu. Haha. Tak jadi nak ponteng ;P . Fokus dan fokus. Takut juga, kejar banyak perkara, akhiranya semua tak jadi.
Aku dah ada 3 anak buah :) Hanzalah, Sofea, Rumaysa. Alhamdulillah, berkembang keluarga kecil aku ini. Lagi 2 minggu kakYah kahwin. Entah apa perasaanya. Tapi sungguh rasa bahagia. Rupanya ini rasanya tumpang kegembiraan orang lain, ya? Hihi. Hanzalah dah pandai, dah 2 tahun dah.. Adik Rumaysa nangis, dia yang pujuk, siap peluk dan cakap, "Takpe, abang ada". Pergh suweet tu tak tahan. Tapi dia still akan babab achuu. I don't know why. Nak kata aku kasar, dok jugok. Mungkin sebab dia rasa aku ni rival untuk dapatkan perhatian. Hello lah, abang. Achuu ni dah tua bangka. (okfine, minggu lepas menangis teruk sebab tak mendapat perhatian yang penuh oleh Mak saat aku demambatukselsemasemput, masa tu mak sibuk teman yah nak kahwin tu buat urusan macam-macam mencantikkan diri untuk suami lah. Haha).
Image
Sofea. Rumaysa. Hanzalah
I've grown up. Not that much, but too enough for me. Alhamdulillah. Dan aku sudah gemuk. Ni semua ikut nasihat lecture pemakanan, tapi takmahu pulak dengar nasihat supaya meningkatkan aktiviti fizikal. HAHA. Adoyy. Kena kuatkan azam lah. Must find way to do it. Kata nak jadi individu muslim yang penuhi 10 muwasafat tarbiah. Takpe, selow selow lama-lama menjadi bukit. Eh? 

Yang lain-lain( not to mention it here) perkara yang tak muhasabah, perkara yang rasainya tak perlu dibesarkan, eloklah disimpan senyap-senyap. Kalau boleh lenyapkan dari fikiran supaya tidak menganggu pemikiran  yang sudah sedia untuk bekerja ini. Namun,hati ini milik Allah, jika Dia takdirkan uji dengan perkara sebegitu, moga aku kuat dan tabah. Menangis pun menangis lah, janji makin aku kuat untuk menjadi seorang akhawat qowiy :)
Never judge people, bro. U are not God to do it so. U and me are different.
Kalau rasa nak komen apa-apa pasal orang tu, siap-siap amek cermin sebesar alam dan tanya diri, "Kau ingat kau dah cukup bagus untuk komen orang lain?". Orait, nak tegur? Takde masalah. Tapi sebelum rasa nak tegur, cek niat. Untuk apa tegur? Tegur sebab bengang? Sakit hati? Tegur sebab rasa diri lagi elok dari orang tu? Atau betul sebab kasihan sebab sayang kerana Allah? Say it anything, but God knows what in your heart. Kiranya jika mahu tegur insan yang berlainan jantina, eloklah kiranya doakan orang tu. Dan jika dia tak berubah, teruskan berdoa dan berdoa untuknya. Doa semoga Allah permudahkan urusannya dalam jalam mencari Ilahi.
Image
Usah nak tegur, sampai kena cari orang tengah, hati orang tu, hati orang tengah dua-dua rosak, dek niat yang asalnya macam betul, tapi dipercantikkan syaitan supaya melihatkannya perkara hodoh menjadi indah. Aku tak begitu setuju dengan pandangan, "Aku kena kawan dengan dia(orang yang berlainan jantina), sebab aku perlu jaga dan ubah dia menjadi baik". Mungkin? Aku pun tak sure, tahap keberjayaan usaha itu, tapi...cek niat beb, then tengok cara. Kalau dok reply sms, asek duk retweet, asek duk PM dalam FB... tu pekebenda. Jangan terkejut, aku dah terjumpa satu twitter(ditunjuk oleh sahabat aku, aku dah deactivate kekicau tu dengan berjaya, yeayyy), ada statement,
"Perbualan dalam alam maya antara lelaki dan perempuan itu tak dosa. Bukannya melibatkan sentuhan, kami tak cakap perkara-perkara lucah, hanya berbual kosong".
Okeh. Dan di-retweet(tanda setuju) oleh kak niqabis kita. Okeh, I've no objection towards orang pakai niqab. Tapi... it has becoming a secular trend. Aku cuba bersangka baik, 'mereka sedang berusaha berubah menjadi baik'. Tapi, keluar statement tu, aku cam..erk? Apa itu benda?  Bukan orang yang pakai niqab ni perlu menjadi malu, biarpun dalam gambarnya ada niqab dan tak nampak rupa, tapi bukankah dia patut rasa malu menjadi tatapan umum? Okeh, I'm no good, bro. Gambar instagram dan whatsapp aku pun nampak muka. Tapi, this is what I really think. Dan orang sebegini dijadikan contoh, di-retweet sana sini, bila ditanya, "Ini mengikut pandangan masing-masing". Erk. Hukum Allah tu ikut suka kita lah, yang cam best kita amek, yang cam tak best, kita taknak ikut? Olaa. Bukan hukum ikhtilat tu kira haram, kah. Lagi lah kalau berbual kosong. Adoyy. And to me, tegur melalui alam maya adalah cara yang paling tak efektif, selain menimbul rasa tak puas hati dek tak dapat nak dengar alasan yang sepatutnya secare detail. Membuatkan orang lain salah faham. Haih. Banyaknya aku bebel.
This is it.
"Berubah itu, bukan semata dari tudung singkat kepada tudung lebih labuh, bukan sahaja dari bermake-up kepada memakai niqab, bukan sahaja dari topi kepada serban, dari suka tulis status mencaci orang ke status berbentuk nasihat, tapi perubahan yang lebih bermakna adalah bila kita boleh istiqamahkan amalan2 yang mendekatkan kita pada Tuhan saat naik turun Iman, belajar erti pengorbanan jiwa dan perasaan untuk mendapatkan KPI yang disuruh Tuhan. 

Walk the Talk. Jangan hebat bercakap dengan orang, "aku dah banyak berubah, dulu aku tak macamni." Usah berhenti untuk berubah lebih baik. Teruskan mencari perubahan yang menjadikan kita individu muslim yang benar2 taat kepada Allah. Iman bukan hanya nak rasa pada hati, dan lafaz melalui lidah, tapi juga zahirkan melalui perbuatan. Pafa kan lulus? Pengertian Iman bukan kita boleh pilih dua je, satu tu kita biarkan."

OKEH BAI.


Image

Monday, 4 July 2011

Langkah

Langkah pertama untuk langkah seterusnya.