Malam ni terasa sejuk. Hati berdebar walaupun mata sudah mula menyepet. Sudah lama aku tidak mampu bertulis dengan panjang. Sejak kehilangan tumblr, juga wordpress, demi melarikan diri dari diherdik terhadap setiap perkara yang aku lakukan. Sigh. Entah mengapa. Mengapa kamu? Mengapa sering kamu yang selalu buat aku rasa macam ni. I've been through this series of stories so many times. Mungkin aku dah hilang perasaan, tapi entah. Kadang-kadang terasa mahu kembali. Konon untuk melihat samada kamu ok atau tidak. Tapi hakikatnya, untuk melihat, adakah kamu suffer. Kejam barangkali diri ini, mengharapkan kamu begitu. Seakan puas. Puas kerana seolah-olah kamu mendapat balasan yang serupa. Kamu soalkan, apa yang telah kamu lakukan? Salahnya kamu bukan pada apa yang telah kamu lakukan, tapi sekarang! Aku pun kurang malah tidak pasti mengapa begini. Mungkin benar kata Mak, aku mungkin cemburu, dia sudah dikejar orang. Bukan kerana aku mahu kembali padanya, tapi...seolah-olah dia mendahului aku.
Iya, betapa pentingnya kita tau objektif kenapa kita diwujudkan di dunia. Supaya bila dada terasa sesak begini, kita kembali duduk, deep breathing, dan istighfar. Allah, hanya Kau yang mampu membolak balikkan hati2 ini, maka jika kau takdirkan dan uji aku dengan perkara begini, maka berikan kekuatan pada diri untuk menolak perkara ini jauh-jauh. Aku mahu fokuskan kepada perkara lain. Terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan selain dari mengingati kamu. Sungguh, adakala aku rasa dengki pada kamu. Tapi setiap kali aku rasa begitu, aku cuba untuk mendoakan kamu. Sungguh pahit mahu doakan perkara baik untuk orang yang kita menyampah. Aku tak benci kamu, tapi taktahu mengapa aku ada perasaan begitu. Maafkan aku, moga Allah hilangkan perasaan yang satu ini. Aku tidak mahu berdendam dengan kamu. Aku benar-benar berniat untuk memaafkan kamu dengan sungguhsungguh. Moga kemaafan itu menjadikan kita berdua orang yang baru. Aku tidak kenal kamu, kamu juga begitu. Supaya bila kita berjumpa, tiada riak muka yang memaparkan wajah yang kecewa, terkilan, sedih dan sebagainya. Moga saat ditakdirkan terjumpa di mana2, di tepi jalan mungkin, atau di MPH Alamanda, barangkali, bila aku melihat kamu sedang bahagia bersama siapa2, moga tiada dalam hati aku sedikit pun perasaan dengki dan cemburu terhadap kebahagiaan yang telah Dia berikan kepadamu. Malah, biarlah aku terasa berkongsi kegembiraan melihat kamu hidup senang.
Aku mahu maafkan kamu, bukan kerana aku mahu kembali kepada kamu. Tapi kerana aku masih ada masa hadapan yang menunggu aku untuk aku capainya seberjaya yang mungkin.
Impian aku tak banyak..
Aku hanya mahu masuk ke syurga.
Aku mahu, saat di alam kubur, aku diberi kenikmatan. Aku takut untuk mendapat azab kubur. Aku takut, Allah mungkin akan memanjangkan tempoh itu sehingga sangkakala ditiup. Aku tidak mahu terasa masa itu terlalu lama...
Aku takut...aku risau jika setiap amal, kerja aku yang berunsur kemaksiatan, yang menjauhkan aku daripadaNya, dibongkarkan di khalayak ramai melihat satu per satu amal nyata dan ghaib yang aku lakukan...sungguh memalukan..sehingga aku rasa masa itu terlalu lama, sehingga aku terus mahu diminta diberi azab tanpa diperlihatkan semua dosa yang telah dilakukan...
Aku, aku hamba Allah. Aku kena ingat.
Aku tidak menjadi mulia atas mempunyai title sebagai Dr, bukan kerana mempunyai suami yang kacak, bukan kerana harta, aku dimuliakan kerana aku ada kerja yang perlu dilakukan. He gave us not free, something need to bayar. dan aku bayar dengan kehidupan yang aku perlu serahkan kepadaNya, insyaAllah.
Takwinul islamiyah wa da'i!
Kamu, tolong fokus terhadap dakwah. Sungguh, aku lihat kamu terlalu banyak leka. Kerja kamu banyak. Dan kenal kerja kamu bukanlah untuk menjadi pembimbing kepada seorang wanita yang tidak punya ikatan pada kamu. Tolong. Kamu aset islam. Kita tak cukup orang, jangan main-main. This is serious.
Jom tidur?
"...“Who are my helpers (in the Cause) of Allah?” Al-Hawariyun (the disciples) said: “We are Allah’s helpers”..." [ 61 : 14 ]
Wednesday, 28 November 2012
Thursday, 1 November 2012
The Return
Rasa aneh sebab akhirnya aku kembali kepada blogger. Cuma, sekembalinya diriku ini memang tak dirancang. Sungguh, post semalam tu aku nak tulis kat dalam wordpress. Tapi lupa, aku dah delete. HAHA. adoyai. Dan disebabkan aku hampir menghabiskan setengah jam buat benda tu je, jadi sangat benci lah kalau aku delete je post tu. Sebab kat tumblr tengah jam. HAHA.
Adoy.
Maybe, ini permulaan baru?
Siapa tahu, menjadi si anonymous tapi yang berguna kepada agama?
Adoy.
Maybe, ini permulaan baru?
Siapa tahu, menjadi si anonymous tapi yang berguna kepada agama?
Subscribe to:
Comments (Atom)